SPAOH: Dana berjumlah RM29.6 juta diluluskan bagi membersihkan sungai tersumbat di negeri ini dalam usaha mengurangkan banjir di luar bandar.
Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, dana itu diluluskan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Uggah berkata, cadangan tersebut untuk melaksanakan projek itu secepat mungkin.
"Ia adalah mustahil untuk kita memasukkan terlalu banyak sungai untuk dibersihkan dalam masa yang singkat.
"Namun demikian, kita berharap dapat melakukan semampu yang boleh sebelum musim tengkujuh tiba lagi," katanya selepas melawat beberapa projek besar di sini.
Tambah Uggah lagi, Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) turut mencadangkan untuk membersihkan beberapa longkang tersumbat yang menjadi salah satu punca banjir kilat.
Bagaimanapun katanya, pihaknya masih menyelesaikan isu tersebut kerana beberapa longkang berada di bawah bidang kuasa JPS, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain.
Sumber dari : Jiwa Bakti